cutes blog

Tuesday, January 25, 2011

Senyum Mu menceria HariKu




senyum....

" senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum lah dari hati dunia mu berseri"

tajuk hari ini adalah senyum..senyum membawa maksud adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang (sumber: Wikipedia)..

kata orang senyum itu sedekah? kenapa orang berkata begitu? Senyum itu sedekah adalah membawa maksud, apabila kita tersenyum kita akan membuatkan orang lain senyum dan gembira..seterusnya manceriakan hari orang yang menerima senyuman..maka senyum itu adalah sedekah yang tidak langsung...mahu tambah pahala ? jadi senyumlah selalu...

murah senyuman??murah senyuman bermaksud orang yang suka tersenyum dan tidak lokek berkongsi senyuman dan kegembiraan dengan orang lain.Orang ini adalah orang yang sangat murah sedekahnya..sebab sentiasa tersenyum. Tapi jgn pula tersenyum pada orang yang tengah mengamuk atau marah..nanti difikir anda memerli pulak..hati2

senyum kambing??senyum ni senyum yang paling istimewa..sebab pada orang yang baru menengenali orang yang mempunyai senyum kambing ini akan memikirkan pemilik senyuman ini seorang yang murah senyuman...tapi lain pula bagi orang yang telah lama mengenali pemilik senyuman ini..kenapa?pastinya meluat melihat senyuman yang ala-ala kambing ni..actually, kambing pun tak senyum macam ni..heheh

jadi, senyumla bila perlu dan seikhlas hati....

No comments:

Post a Comment