cutes blog

Monday, January 24, 2011

Mencari identiti diri...


mencari identiti diri...semua orang rasanya pernah atau akan melalui era ini.Apabila era ini tiba dalam hidup seseorang, pelbagai perasaan dan keinginan akan menerjah di minda dan hati..keinginan untuk memilih identiti diri yang sesuai..ingin menjadi ahli masjidkah? mahu mendaji rockerskan? ingat memilih gaya hip hop atau lebih gemar duduk dirumah dan menghabiskan masa bersama keluarga atau lebih senang di panggil"moms pet"?

sebenarnya semua ini bergantung pada diri sendiri, terserah diri sendiri untuk mengatur dan menentukannya. Identiti diri harus di pilih asalkan tahu batas dan tidak melanggar hukum hakam agama.

Untuk mencari identiti diri seseorang harus lah memilih kehidupan..hidup yang sebagaimana yang ingin di tempuh kelak? Dalam perjalanan menetukan hala tuju kehidupan seseorang harus memilih identiti diri yang sesuai dan menjamin kehidupan dan masa depan yang terjamin..seandainya seseorang memilih memilih identiti diri yang silap ini akan memudaratkan masa depan mereka sendiri...

Bagi seseorang yang mempunyai jihad diri yang kental, ia akan mendorong kepada masa depan yang cerah...

Aku telah memilih identiti diri ini, menjadi seorang yang sederhana dan berguna pada masyarakat dan keluarga. Rasanya aku harus berbangga dengan pemilihan ini, sekurangnya aku masih mampu membuat pemilihan yang lebih baik di masa hadapan.

Menjadi seseorang yang beridentiti sederhana dan mampu di banggakan sudah memadai untuk aku buat masa ini, tapi aku berharap agar dapat terus memperbaiki diri dan sedikit demi sedikit merubah identiti kearah yang lebih positif dan baik...

Apa pun cabaran dalam penentuan identiti diri akan aku lalui dengan tabah dan sabar, memeng benar kata orang " bukan mudah untuk berubah" lebih lagi kearah yang belih baik. Namun aku percaya InsyaAllah dengan iltizam ini, aku mampu menjadi yang terbaik dan berbudi untuk masyarakat....

No comments:

Post a Comment