cutes blog

Monday, January 24, 2011

Mengapa aku menulis?

aku bukan menulis untuk kau berlumba membaca cerita ku
aku bukan menulis untuk mandapat pujian dan komen mu
aku menulis sekadar mahu menulis
aku menulis sekadar mahu berkongsi ceritaku

aku menulis bukan minta kau bagi ganjaran
aku menulis bukan harap sanjungan dan pujian
aku menulis sekadar mahu menulis
aku menulis sekadar mahu mengisi kekosongan waktu

aku menulis kerana ini diari ku
aku menulis kerana ini buku catatan perasaan ku
aku menulis sekadar mahu menulis
aku menulis kerana ini keinginan ku
keinginan yang ku laksana di waktu santaiku...
aku menulis kerana ini kedamaian dan ketenanganku....

No comments:

Post a Comment