cutes blog

Tuesday, January 25, 2011

Aku Peminat Wings...




Mula-mula aku tak lah begitu meminati genre rock ni, tak kisah la rock keras ke, rock kapak ke, metal atau rock and roll..asal denga lagu-lagu genre ini ja aku dah pening kepala..

Pengaruh bakal tunang yang amat meminati Wings, menarik minat aku untuk mula mendengar lagu Wings dan Search, sehinggakan aku dan dia mengumpul CD dan mula mendownload lagu2 dan video-video klip lama Wings.

Boleh di katakan setaip hari lagu-lagu wings menjadi halwa telinga aku, kalau tak dari CD atau radio lagu2 ini akan dinyanyikan oleh dia atau keluar dari mulut aku sendiri..

Kawan2 office dah naik pening apabila aku pasang lagu Wing setiap petang. Lagu favorite aku adalah Bujang Senang, Potret Monalisa, Harapan dan Hukum Karma..Bujang Senang dan Hukum Karma selalu aku nyanyikan apabila berkaraoke...aku tahu kalau AWIE dengar aku menyanyikan lagu dia ni, pasti dia akan menangis..terharukah??oh tidak, sebab aku dah merosakkan lagu dia dengan picing yang tak kemana, jerit yang ikut suka...hahahah..

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri....nak tahu lebih lanjut pasal sejarah kumpulan wings???sila la ke laman ini..http://malaysianrockmetal.blogspot.com/2009/04/sejarah-sejarah-penubuhan-wings-bermula.html

No comments:

Post a Comment