cutes blog

Sunday, July 26, 2009

Manusia Karnibal...

Terbaca petikan ni di akhbar..rasa mcm nak share ngan kawan semua...enjoy reading...

AHAD 12 Januari 2003. Penduduk Desa Majatengah, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia gempar kerana kubur seorang wanita tua yang baru dikebumikan pada petang Sabtu itu telah digali orang.
Mayat wanita itu, dikenali sebagai Ibu Rinah, 80 tahun, turut ghaib. Kain kapan dan batu nisan berselerakan di atas tanah yang masih merah.
Ketua kampung itu, Agus Budi, percaya mayat yang diambil akan digunakan dukun atau seseorang yang belajar ilmu hitam.
Berita itu cepat tersebar. Beberapa hari kemudian, seorang penduduk dari Desa Pelumutan, kampung bersebelahan Desa Majatengah, memberitahu dia ternampak seorang pemuda memakai sejenis kalung yang aneh. Kalung itu dipercayai diperbuat daripada kemaluan wanita.

Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menggeledah rumah suspek apatah lagi selepas terhidu bau yang sangat busuk datang dari rumah lelaki itu.
Di situ, polis menemukan tulang-tulang manusia dan jenazah Rinah yang dikuburkan lima meter dari rumahnya. Setelah digali, jenazah Rinah yang ditanam sedalam setengah meter itu sudah tidak sempurna. Daging di kedua-dua pahanya telah dimakan.
Dalam pengakuannya, Sumanto berkata, daging paha Rinah sempat digoreng dan dibuat sate. Sebahagian daging yang dimasak itu diberikan kepada bapanya, Nuryadikarta. Kepada bapanya, Sumanto cuma mengatakan ia daging kambing.
Sumanto mendedahkan, dia menggali kubur Rinah tanpa menggunakan cangkul, sebaliknya hanya dengan tangan kosong. Mayat wanita itu dimasukkan ke dalam karung dan diikat dengan dawai sebelum diangkut dengan basikal.
Di rumah, Sumanto memotong bahagian kaki dan menyiat kemaluan Rinah. Sebenarnya, Sumanto mendakwa kasihan semasa melapah dan memotong lutut Rinah. Namun, lantaran niat untuk mendapatkan ilmu dan mengubah hidupnya, perasaan itu hilang.
Sebelum diangkut ke rumah, Sumanto, yang sebelum itu bekerja kampung termasuk mencari burung dan menjual jamu sempat menelan mentah-mentah dua ibu jari kaki Ibut Rinah.

Makan cengkerik

Sejak kecil, Sumanto dikatakan gemar makan serangga seperti cengkerik.
Ketika berpacaran dengan seorang gadis sekampung bernama Samien, Sumanto pernah diserang pemuda kampung yang lain kerana cemburu.
Bermula dari detik itu, Sumanto berazam menuntut ilmu kebal. Dia berguru dengan Taslim yang berasal dari Jambi. Namun, perguruan itu bersyarat. Sumanto mesti memburu dan makan sejumlah mayat.
Selepas itu, Sumanto merantau ke Lampung dan berkerja di sebuah ladang tebu. Di sana, dia berkenalan dengan sekumpulan pemuda yang mengajarnya agar memasukkan sedikit daging hasil buruan ke dalam lengan dengan tujuan bertambah kuat dan tidak dibayangi roh hasil buruan.
Selepas itu, berlaku satu insiden dia telah diperas ugut dan dipaksa menyerahkan wang upah bekerja. Kerana terpaksa, Sumanto melibas perut si penjahat hingga mati. Mayat lelaki itu dimakannya.
Walaupun sudah memakan tiga mayat, Sumanto mengakui kehidupannya belum berubah. Alasannya, ilmunya belum lengkap. Malangnya, sebelum misi sempurna, dia telah ditangkap polis.
Bagaimana rasanya daging manusia? "Sangat enak," jawab Sumanto yang tinggal di Lampung sejak 1992 dan kembali ke kampungnya lima tahun kemudian.
Tingkah laku aneh Sumanto menyebabkan dia dituduh gila oleh penduduk kampung. "Mengapa semua orang, terutama wanita di desa takut pada saya. Apakah memang saya gila?" tanya Sumanto kehairanan.

Kini, Sumanto ibarat objek yang sangat menakutkan. Walaupun Sumanto sudah ditahan polis, perasaan takut masih menjalar. Untuk beberapa lama, kanak-kanak Desa Majatengah takut pergi mengaji sehinggakan masjid menjadi kosong.
Ada juga keluarga yang tidur malam sebilik. Bahkan ada yang menumpang tidur di rumah jiran.
'Sekarang saya makan bayam'
Semasa ditahan di Tahanan Polres Purbalingga, tiada seorang pun tahanan yang berani tinggal satu bilik dengan Sumanto. Alasannya, mereka takut dimakan Sumanto.
Setelah dibicarakan, Sumanto dipenjarakan selama lima tahun di LP Purwokerto. Pada 24 Oktober 2006, Sumanto dibebaskan.
"Saya sukakan semua jenis daging asalkan ia dimasak. Tapi saya sudah tidak makan orang. Sekarang saya makan bayam," kata Sumanto, 37, kepada wartawan AFP semasa ditemui di Pusat Pemulihan Mental di Jawa Tengah, baru-baru ini.
Selepas dibebaskan, penduduk kampung masih tidak boleh menerimanya, jadi dia ditempatkan di pusat pemulihan itu.
Bapanya yang bekerja sebagai petani, Nuryadikarta, 65, berkata dia merindui anaknya itu tetapi tidak dapat membawanya pulang. "Tidak kira betapa jahatnya dia, dia tetap anak saya. Saya mahu membawanya pulang tetapi jiran-jiran pasti akan menghalaunya," katanya.
Menurut penjaganya di pusat itu, Ahmad Sugimin, sekali makan, Sumanto boleh menghabiskan dua pinggan besar nasi, 60 cucuk sate, 16 ketul daging sebesar penumbuk dan lapan ketul ayam. "Bagaimana dia boleh hidup di luar kalau sekadar bekerja sendiri? Saya bimbang jika dia kembali makan mayat," kata Sugimin.
Namun, Sumanto menafikannya. Sambil menunjukkan kepada botol-botol air yang kosong di katilnya, Sumanto berkata dia boleh hidup dengan air, vitamin dan mineral sahaja.
"Daging memang lebih sedap daripada sayur-sayuran. Tetapi jika tiada daging, saya boleh makan rumput. Ia menyihatkan dan saya juga boleh menggorengnya supaya lebih sedap," katanya.

Takziah kepada ahli keluarga Yasmin Ahmad



Hilang satu lagi "Permata Negara"...

Yasmin Ahmad sinonim ngan iklan2 Petronas yang best2 and idea pengarahan filem yang berbeza and unik telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara akibat pendarahan teruk di otak malam tadi sekitar pukul 11.26 malam 25 Julai 2009..

Secara dasarnya aku memang meminati karya2 Yasmin Ahmad, especially melalui iklan raya Petronas setia tahun...

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan..

Takziah kepada ahli keluarga Yasmin. Semoga rohnya di cucuri rahmat and di tempatkan di kalangan org yang beriman..AMIN

Friday, July 24, 2009

Jumaat sudah...

Perancangan

Hari ni otak rasa x berapa berkembang sebab kerja x banyak sangat..semua da aku settlekan semalam ... haha ye la tu ke sebab da memang nature hari jumaat...walau ada keja pun terasa cam wat2 tak ada??hahahha... besok sabtu yang tak ada perancangan..ahad pun sama...tapi rasa mcm nak duduk rumah saja...wat preparation ape yang ptt...nanti da start class banyak benda yang aku tak dapat buat...enjoy masa yang ada ni....

Batuk

walaupun demam da kebah tapi batuk ni menyesak kan dada...bebetol buat aku rasa senak la...sampai ke kepala...ubat semua da makan x penah miss and always on time tapi still tak paham kenapa BATUK ni tak nak pergi2...berapa lama dia nak "berkokok" pun aku tak tahu...

Gigi berlubang..

Ni lagi satu masalah aku...gigi berlubang yang tak pernah berani utk aku cabut..memang dari zaman sekolah rendah dulu aku tak suka cabut gigi...masa tu misi2 yang datang nak check gigi tu adalah musuh ketat aku...bukan dulu aje..sekarang pun sama...bila sakit yang x boleh tahan masa tu aku terasa " AKU HARUS SEMANGAT dan BERANI CABUT GIGI..YAAAA AkU BERANI...AKU BARANI" tapi bila Dr bagi aku pain killer and sakit tu beransur hilang sebelum next appointment utk mencabutnya..maka aku pun akan menggilangkan diri tanpa berita...begitula sejak gigi aku berlubang 3 tahun lalu...ADOiiii

Sejuk

huh ni bukan masalah aku aja...tapi ni masalah semua colleague aku jugak...tak paham kenapa la management ni tak nak slow kan air cond kat dept kami ni..aduan da banyak kali dibuat...kasihanilah kami...nak kami jadi "ICE BERG" kah???Tolong la buat sesuatu...seriously x bleh focus mcm ni tau tak....

Sebenarnya JUMAAt...

hahahaha....ni lah alasan2 malas keja hari JUmaaT...ni bukan semua tapi sebahagian daripadanya...hahahha...20mins lagi nak balik...tapi aku masih belum membuat ape2 yang productive utk company utk hari ini...even nak buat job report pun aku malas...mcm mana ni....?? Ni lah penangan JUMAAT....

Thursday, July 23, 2009

Please dont Laugh!!!

MISSing SomeONE?



Have u ever missed someone and felt terrible because u think that he/she doesn't miss u? Missing someone is a terrible but at the same time,sweet feeling. U will be sitting around wondering if u meant anything to him/her.Thinking if he/she ever cares about u.Rushing to the phone once it rings hoping that it's him/her.Looking out of the window hoping that he/she will surprise u by appearing downstairs. Sitting in front of the television but thinking of him, missing the final episode of your favorite show.

Laying on your bed, thinking of the last time u were out together. Thinking of how nice it will be to sit under the stars again, talking about everything, your dreams, plans, future. Logging on to the internet hoping to see him/her online.When u realise that he/she isn't online and did not return your page,u will start worrying if he/she is okay. Missing someone is a way of growing up i guess. It exposes u to loneliness.It teaches u how to cope with being lonely and let u know that there is actually a feeling known as emptiness. Sometimes it feels good to miss someone. U know that u really care and u indulge in the feeling of loving/caring for him/her..



But missing someone and not knowing if he/she is feeling the same is terrible. U feel as if u are being left alone. So if u miss someone, tell him/her and let them know.At the same time, ask if they miss u.Don't let the feeling of missing someone become jealousy or paranoia. If u are the one being missed and u know it, let the other party know. if u miss him/her too, tell them. Don't let them wait.

Tuesday, July 14, 2009

Sabtu yang lalu, sesuatu telah terjadi....

Waaaaa...sudah telalu lama aku tidak "memblogging"...ini adalah kerana kerja yang banyak di opis and masa aku yang amat kekurangan...hahaha..mana tak kurang sal ada masa ja tido..ada masa ja tido..hahak..halu semua...Zeth kembali lagi..huwaa huwaa thanks to Lin sebab ko mengingatkan aku yang aku masih ada blog :D ape nak cerita ye??erm badan rasa x berapa sedap la hari ni..huhu rasa mcm nak mc ja esok..selsema n batuk... Jumaat nak kene submit lay out " word of fame " to Meena...Art work ni tak bleh nak wat cincai2...org bejiwa seni seperti aku ini HARUS mengambil masa utk ber"karya" har har har KARYA la sangat ye...Adoiii yaiiii...kerje melambak2...claim nak kene buat, bos2 nak terbang kesana kemari..sampai celaru otak ku ini tak tahu mana yang da wat and mana yang lom wat....ble jadi KUKU mcm ni...

Oh ya...cakap pasal KUKU ni ada kaitan ngan kepala kan?? teringat la pulak kes hari Sabtu lepas...p jalan ngan my buah hati pengarang jantung, intan payung ke Sunway Piramid..dok syok beli barang, then kakak dia kol kata anak buah peberet ku Shameel accident...hish accident ape? jgn pk accident yang langgar kereta tu ye..bukan accident yang tu...dia terjatuh dan batang beri penyangkut baju di butik sukan Al-Ikhsan telah menimpa kepalanya dan menyebabkan darah membuak dan dia telah dengan bangganya menerima 2-3 jahitan di kepala..kesian la kepala kawan berjahit...walau pun begitu, c shameel ni tak nampak cam sakit pun, melompat n berlari kesini sana dengan jaya n gumbiranya..kalau aku da semua keja x boleh buat da..walaupun luka ckit and jauh dari nyawa... berbalu2 pun shameel sempat lagi berposing ngan wawe dia...hehehe...jom usha....

Tuesday, March 31, 2009

Langkawi trip


huhu....da lama tak blogging..kui kui!! lepas balik bercuti @ Langkawi ni rasa bersemangat sangat nak keje...otak pun rasa fresh.. Langkawi banyak berubah sekarang dari pulau yang x da pape tapi skung macam-macam ada..aku ngan family sewa Centuary Condominium kat Pekan Kuah tu.. best jugak..sangat selesa.. ada sauna, steam bath, swimming pool and breakfast pun di sediakan..tapi rasa cam x berapa best sebab buah hati pengarang jantung ku tak dapat pergi..die kene keje n tak dapat cuti..so yang pergi cumalah aku, parents dia and kakak dia satu family...kalau dia ada mesti lagi best!!!!huwaaa

1st day aku sampai dalam pukul 3ptg cam tu..p makan cendol pulut yang cam air longkang kat ngan airport tu..huwaaa x sedap langsung..pasemboq dia pun mahal cam ape...nyesal nyesal!!!tapi nasib baik view tepi laut ngan angin laut yang Syok tu meredakan kekesalan aku akibat makanan yang kurang menyalerakan itu..huhu..pas makan we all balik bilik rehat n bersiap utk Dinner Party Mr. Arish Shamiel..huhu..ni baru best..wallap sampai habis..kak caca menipu orger ketam bagai nak rak sampai 5 ekor tapi dia makan suku ja...hahaha bukan suku dari satu pinggan tu tapi suku dari sekor ketam tu..teruk!!! thank god ada pak cik and abang mizi...boleh wat team makan ketam ni..huhu tapi kesian sangat kat birthday boy..makanan punya banya tapi dia makan mee goreng ja ..tapi sepinggan habis..Happy Birthday Shamiel!!!2 tahun kan?

huhuhu hari ketiga is a very de buzy day, jalan sana cni sampai rasa nak tercabut tempurung lutut ni...mak cik da x larat da nak jalan...then petang we ll p shopping..orang lain sebok p belo cokelat..tapi aku ngan mak cik sebok tengok sudu garfu, set pisau, kuali..ect...hahaha cam mak mak aku ni..nak buat mcm mana da minat ke situ..kui kui...balik tu we all kat CENDOL PULUT KAK BEDAH...huwaaaaaaa....ni la cendol pulut yang maha lazat. memang best..yang ini baru betol rasanya...bukan cam yang first tu da la mahal rasa plak cam air longkang....huhu balik p swimming ngan kak caca, abang mizi n baby shamiel..so funny c kecik tu, nak mandi tapi takut tapi nak mandi tapi takut..kih kih..around 6.45pm they all naik n tinggal la aku n kak caca p sauna n steam bath sampai x seda diri..keluar2 ja da kol 8 lebih...naik merah muka cam udang kene bakar...abang mizi da risau da siap nak p cari we all...mana tak nya kakak kat counter bawah tu kata tempat sauna tu keras n penah ada husband n wife mati
sesak nafas dalam tu..huhu..


27 March 2009 time to balik KL...huwaaaaaa