cutes blog

Saturday, January 29, 2011

Ahad 30 January 2011

Hello!! i m in the class today. Economic is not an easy subject...new subject..new classmate...what a challenge...well..life must go on...module must be done ...i need to grad this July...huwaaa..

Well, one and half hour to go...need to cabut early today..alot of things need to be done today, chika nak kene hantar to Albi @ puchong, need to go to supermart, get something for mak cik...

huhuhuhu....20 days more to go for my E- day...excited, scared,+++ , after that my status will be change to *****...waaaaaa...hope everything will be fine..Insya Allah...

Well, to tired to share more story today la...gtg now...will cont~ if i m free and not tired tonight...TATA

Thursday, January 27, 2011

Padipaddy Riszka Nelliya






My lovely Cat- Padipaddy Riszka Nelliya @Chika...
She's adorable and notty...Calico color...1 year plus...love to eat cheese and play with the plastic bag...

Tuesday, January 25, 2011

Aku di Dalam Mood Bulan CinTA..






Di atas bangku dari bambu, Di bawah terangnya rembulan, Berduaan duduk denganmu
Bercinta penuh kemesraan, Malam indah bagaikan di syurga, Penuh cinta kasih dan sayang, Cahaya purnama menjanjikan, Cinta kita kan abadi selamanya

Ingin seribu tahun lagi,Hidup selalu di sampingmu, Sungguh aku tak mahu mati, Bila tanpamu di sisiku, Bulan terang sebagai saksinya,Saksi cinta kita berdua, Langit kasih mesra terikat dihati, Untuk saling menyayangi

Bulan ini bulan cinta
Bulan ini bulan kita...

Sambil menunggu hari yang bakal muncul tiba ni,aku diselubungi rasa gelisah dan seram, dia pula rasa teruja...dalam seribu satu rasa kegelisahan itu sesekali aku rasa bagai di lamun cinta, mcm aku dalam bulan cinta yang penuh dengan CINTA..huhuhu..

lagu Eva ni buat aku senang, sama seperti aku yang sedang dalam bulan CINTA...jadi buat yang terakhir malam ini, aku mahu kongsi gambar CINTA kami...

DIA..................

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia SERING membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu.....









Aku Peminat Wings...




Mula-mula aku tak lah begitu meminati genre rock ni, tak kisah la rock keras ke, rock kapak ke, metal atau rock and roll..asal denga lagu-lagu genre ini ja aku dah pening kepala..

Pengaruh bakal tunang yang amat meminati Wings, menarik minat aku untuk mula mendengar lagu Wings dan Search, sehinggakan aku dan dia mengumpul CD dan mula mendownload lagu2 dan video-video klip lama Wings.

Boleh di katakan setaip hari lagu-lagu wings menjadi halwa telinga aku, kalau tak dari CD atau radio lagu2 ini akan dinyanyikan oleh dia atau keluar dari mulut aku sendiri..

Kawan2 office dah naik pening apabila aku pasang lagu Wing setiap petang. Lagu favorite aku adalah Bujang Senang, Potret Monalisa, Harapan dan Hukum Karma..Bujang Senang dan Hukum Karma selalu aku nyanyikan apabila berkaraoke...aku tahu kalau AWIE dengar aku menyanyikan lagu dia ni, pasti dia akan menangis..terharukah??oh tidak, sebab aku dah merosakkan lagu dia dengan picing yang tak kemana, jerit yang ikut suka...hahahah..

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri....nak tahu lebih lanjut pasal sejarah kumpulan wings???sila la ke laman ini..http://malaysianrockmetal.blogspot.com/2009/04/sejarah-sejarah-penubuhan-wings-bermula.html

Senyum Mu menceria HariKu




senyum....

" senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum lah dari hati dunia mu berseri"

tajuk hari ini adalah senyum..senyum membawa maksud adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang (sumber: Wikipedia)..

kata orang senyum itu sedekah? kenapa orang berkata begitu? Senyum itu sedekah adalah membawa maksud, apabila kita tersenyum kita akan membuatkan orang lain senyum dan gembira..seterusnya manceriakan hari orang yang menerima senyuman..maka senyum itu adalah sedekah yang tidak langsung...mahu tambah pahala ? jadi senyumlah selalu...

murah senyuman??murah senyuman bermaksud orang yang suka tersenyum dan tidak lokek berkongsi senyuman dan kegembiraan dengan orang lain.Orang ini adalah orang yang sangat murah sedekahnya..sebab sentiasa tersenyum. Tapi jgn pula tersenyum pada orang yang tengah mengamuk atau marah..nanti difikir anda memerli pulak..hati2

senyum kambing??senyum ni senyum yang paling istimewa..sebab pada orang yang baru menengenali orang yang mempunyai senyum kambing ini akan memikirkan pemilik senyuman ini seorang yang murah senyuman...tapi lain pula bagi orang yang telah lama mengenali pemilik senyuman ini..kenapa?pastinya meluat melihat senyuman yang ala-ala kambing ni..actually, kambing pun tak senyum macam ni..heheh

jadi, senyumla bila perlu dan seikhlas hati....

Monday, January 24, 2011

Mengapa aku menulis?

aku bukan menulis untuk kau berlumba membaca cerita ku
aku bukan menulis untuk mandapat pujian dan komen mu
aku menulis sekadar mahu menulis
aku menulis sekadar mahu berkongsi ceritaku

aku menulis bukan minta kau bagi ganjaran
aku menulis bukan harap sanjungan dan pujian
aku menulis sekadar mahu menulis
aku menulis sekadar mahu mengisi kekosongan waktu

aku menulis kerana ini diari ku
aku menulis kerana ini buku catatan perasaan ku
aku menulis sekadar mahu menulis
aku menulis kerana ini keinginan ku
keinginan yang ku laksana di waktu santaiku...
aku menulis kerana ini kedamaian dan ketenanganku....

Mencari identiti diri...


mencari identiti diri...semua orang rasanya pernah atau akan melalui era ini.Apabila era ini tiba dalam hidup seseorang, pelbagai perasaan dan keinginan akan menerjah di minda dan hati..keinginan untuk memilih identiti diri yang sesuai..ingin menjadi ahli masjidkah? mahu mendaji rockerskan? ingat memilih gaya hip hop atau lebih gemar duduk dirumah dan menghabiskan masa bersama keluarga atau lebih senang di panggil"moms pet"?

sebenarnya semua ini bergantung pada diri sendiri, terserah diri sendiri untuk mengatur dan menentukannya. Identiti diri harus di pilih asalkan tahu batas dan tidak melanggar hukum hakam agama.

Untuk mencari identiti diri seseorang harus lah memilih kehidupan..hidup yang sebagaimana yang ingin di tempuh kelak? Dalam perjalanan menetukan hala tuju kehidupan seseorang harus memilih identiti diri yang sesuai dan menjamin kehidupan dan masa depan yang terjamin..seandainya seseorang memilih memilih identiti diri yang silap ini akan memudaratkan masa depan mereka sendiri...

Bagi seseorang yang mempunyai jihad diri yang kental, ia akan mendorong kepada masa depan yang cerah...

Aku telah memilih identiti diri ini, menjadi seorang yang sederhana dan berguna pada masyarakat dan keluarga. Rasanya aku harus berbangga dengan pemilihan ini, sekurangnya aku masih mampu membuat pemilihan yang lebih baik di masa hadapan.

Menjadi seseorang yang beridentiti sederhana dan mampu di banggakan sudah memadai untuk aku buat masa ini, tapi aku berharap agar dapat terus memperbaiki diri dan sedikit demi sedikit merubah identiti kearah yang lebih positif dan baik...

Apa pun cabaran dalam penentuan identiti diri akan aku lalui dengan tabah dan sabar, memeng benar kata orang " bukan mudah untuk berubah" lebih lagi kearah yang belih baik. Namun aku percaya InsyaAllah dengan iltizam ini, aku mampu menjadi yang terbaik dan berbudi untuk masyarakat....

Monday, December 13, 2010

Aku Suka Cara Ini!!

HHuhuhhu...hari ni rasa mcm nak share something yang aku minat...CARA berpakaian...oops jgn salah paham...aku berminat tapi tak bermakna semua aku pakai..BTW, memandangkan bentuk badan ku yang ala-ala" gebu-gebu manja" ni...mana la layak nak pakai sesuka hati walau pun di hati teringin nak menggayakannya...huhu cakap pasal badan yang gebu-gebu manja ni...aku da berazam untuk mengetatkan jadual diet dam pemakanan aku...InsyaAllah aku akan mula start dengan lebih ketat dan kejam bermula Rabu ini...hahahah btw kenapa RABU???kenapa tak sekarang??? aku sendiri tak boleh nak jawah...kah kah kah!!!

well, berbalik kita pad atajuk kita ni...meh la tengok cara berpakaian mcm mana yang menjadi impian and igauan aku...jommmm!!!









Happy Birthday to Me!!

Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy birthday to me! Happy birthday to meeee!!!

kesiannya nyanyi la lagu HAPPY BIRTHDAY sendiri, seriusly this year tak da siapa nyanyi this song to me..i pun da lost count bila last i dengar orn nyanyi lagu ni utk i...i sendiri kat rumah on my birthday 12 Dec 2010... :( ...Farid kerja....duduk tengok cerita korea from 10am to 7.30pm...what a wonderful birthday celebration....hahahha.....that night Farid bawa i pergi makan and give me 3 hadiah...waaaa....THANKS B....

hope this year's Birthday will bring a lots of luck for next year..AMIN....

huh!!! terlalu banyak benda dalam my kepala till i selalu lupa yang i ada blog to maintain...sampai kadang2 benda i sendiri pun i lupa nak buat...and bila ada mood nak tulis pulak....bila taip separuh terus idea hilang...benci betul la...NVM, give me a reast for a while...will get back to you bila idea i da datang balik...tataaa!!

Tuesday, October 19, 2010

What you like and dislike about your job??



What do you like about your previous job? Interview question

Even if your previous job was rock bottom, you should not badmouth the job, simply because it would seem as your ‘habit’ to badmouth your previous employer, when you are interacting with your probable future employer.
On the other hand, this does not mean that you should exaggerate the good qualities of the job that you held previously.
This may indicate you are not ready to move on.

In fact, the best way to answer the questions ‘what did you like about your previous job’ is:
“I liked the professional
attitude and the workplace environment that was provided to me. Another thing I liked was the close knit and interpersonal communications that were prevalent between managers and employees. The company also believed in their employees and seemed to really think about my future growth and professional progress.”
You may also tell that “the company constantly asked for feedback to improve job performance and increase bottom line sales [for achieving corporate goals]”
How to answer: What do you dislike about your job?

When asked about aspects that you didn’t like about your previous job, you have to be extra careful, because any negative aspects can be kept in mind and they may even work
against you.
For example, if you say that you did not like the fact that breaks were restricted, , the interviewer may see you as a frequent break-taker rather than a hard worker.

Here is the best ways of answering this question:
“I found that there was no more scope of career growth in the company after reaching a certain level. The company had a stagnant point where they would simply retain employees without continuing to develop their potential in order to move the company forward.”
You may also say your previous company lacked the necessary feedback which would have helped employees perform at a higher level.

sources from: http://www.job-interview-site.com/what-do-you-likedislike-about-your-job-interview-question.html

Wednesday, October 13, 2010

Lets study on Human's needs

after so many things happened in my department...where i m going to loose 4 of my good colleague and staff...i mula berfikir and buat kajian...Maslow's theory of need i jadikan asas for me to find a solution...hope ape yang i bakal suggest to my beloved boss akan diterima and also mudah-mudahan keajaiban akan terjadi...InsyaAllah..


kalau tak silap Teori ni telah di perkenalkan oleh Abraham Maslow pada tahun 1943..Kata maslow..manusia ni ada keperluan dan keperluan ni sebenarnya bergantung pada ape yang mereka sudah miliki. Cume keperluan yang belum dipenuhi saja yang akan mempengaruhi tindak tanduk dan perilaku seseorang.Keperluan yang belom di puaskan atau dicapai akan memotivasikan seseorang.

Kata Maslow juga...apabila satu tangga keperluan tu telah dipenuhi maka kemudian keperluan lain akan timbul...

so rasanya setelah mengkaji n memahami setiap stage ni..i rasa i tahu ape yang i ptt suggest to my boss and semoga ni akan beri perubahan yang positif..Good Luck Zeth!!!

LoVe is CinTa...


Love is both an action and a feeling. The action of love generates a blissful feeling called by the same name...according to Keith Tailor there is 5 steps or guide to loving


Say the word " I Love You". When you say it, make sure you really mean it and are willing to do anything for that special person.

Ahmat Farid: I love you.....


Put yourself in someone else's shoes.understand how they feel, where they come from, and who they are.

Love unconditionally...

Expect nothing in return.....Realize that someone may have a different way of showing his or her love.

If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love...

Let us practice this 5 steps to make our relationship more stronger....Good Luck to uols and also myself..

Galactica Nite 011010 - Masterskill Annual Dinner




011010 Masterskill's annual dinner. sangat menyeronokkan walau pun tak lucky n hanya dapat sandwich maker. kawan2 yang pergi pun memang funky and gila2..ngan tema STAR WARS nya.memang meriah....grand prizenya Proton Pesona n banyak lagi hadiah yang menarik....tahniah la pada yang dapat...

to my good fren dayana, kuna memang meriah la kita punya preparation for 2010 annual dinner...tak lupa to syaida n aida tooo...

huh...bila ingat balik masa annual dinner memang best. tapi bila i pk balik bila sorang2 berhasrat nak meninggalkan office ni..sebak pulak ...entah ape yang boleh aku buat utk wat durang stay?? aku pun tak tahu....da ada team yang bagus tapi ye la kan...masing2 ada haluan n hala tuju masing2...to all my beloved colleague i will always support you all tak kisah la ape decision korang...friends forever!!!

COME BACK setelah sekian lama

hari ni my colleague Diana show me her blog..then she ask me...zeth u ada blog???terus i teringat pada blog yang da bekurun i tak bukak ni..thank god after beberapa kali mencuba....akhirnya aku berjaya mengingati password ku...heheheh...

entah lah ingatan lately da makin teruk..nak kata banyak makan semut tak juga...entah lah maybe banyak sangat benda yang lebih penting yang aku ingat dalam kepala ni...

huh..really have ni idea and tak tahu ape nak tulis la...cukupla intro utk come back kali ni...c u shortly...

Monday, July 27, 2009

Ku bahagia...

Di atas bumi ini ku berpijak..ada jiwa yang tenang di hati ku..

huhuhu...teringat lagu Melly Goeslow ni...memang best..lagu ni femes coz cerita ada ape dengan cinta...sememangnya ADA APA DENGAN CINTA??? Cinta banyak cabangnya, cinta pada sesama manusia, cinta pada pencipta, cinta pada ape yang kita buat...walau pun mcm2 cerita aku dengar dari kawan2 ku pasal ketidahpuashatian mereke ngan kerje yang mereka buat tapi bila aku kaji dudk and memuhasabah diri aku..aku rasa aku cinta ngan ape yang aku buat sekarang...bukan nak cube berfikiran positif tapi bila pikir ngan mendalam...x la teruk mana pekerjaan aku sekarang...aku bahagia and gembira ngan pekerjayaan aku..atau erti kata lain aku BERSYUKUR walau pun secara terus terang environment kat cni menjengkelkan aku tapi aaaahhhhh aku tak mahu ambil pduli and tak mahu terlalu memikirkan itu...yang penting performance aku baik dan hujung bulan aku akan dapat ape yang aku ptt dapat....

sebenarnya,,aku amat berharap agar permohonanku untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya tu di luluskan...aku nak tebus kesalahan yang aku da buat pada diri aku...AKU nak buktikan bahawa aku menCINTAI diri aku...

aku sebenarnya bersyukur kerana aku Allah kelilingi ngan org2 yang tak penah putus asa membantu dan memberi semangat pada aku...Mak, Babah , Farid dan adik2....tak lupa pada Mak & Abah Farid ...kak caca...CINTA kalian membuatkan aku bersemangat...Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan pemberianmu...

Tension petang2

Hust sangat tension bukan hari ini saja tapi setiap hari di opis, bukan kerana kerja or tugasan yang diberi tapi kerana ada sebahgian manusia yang x reti menghormati org lain...ko x da keja dudk diam2 dah la ni tak memekak x benhenti..mengganggu focus org nak buat keja..manager??erm manager " BUSY" or maybe " x perasan"...huh seriously tak tahan...tak paham la...kami ni kerja mcm nak mati sampai nak p toilet pun tahan...yang ini tak...ngok ngek ngok ngek ngok ngek...gaji banyak gak dapat...yang mcm nak mati ni...habuk pun x da...tambah client tambah backup..tambah and tambah and tambah...

da la...penat aku wat keja dari pagi..tak berhenti tapi tak dapat ape..meningan korang teman kan aku sesama hiburkan hati baca cerita ni...Jom Jom....

KANIbaL - Hahaha,,hari ni aku cerita pasal Karnibal jeye...tak pe sok kita cari cerita lain..

Suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak Kannibal (makan orang punya spesis). Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun

setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dlm hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, "

Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkanbunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orangyang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Kah kah kah....mampussssssss!!

Jom gelak sambil berkaraoke

Sunday, July 26, 2009

10 Manusia Karnibal terkenal DUNIA

Jom kita tengok kes-kes karnibal yang pernah berlaku..i mean yang femes kat dunia wat masa ni...

1.Stella Maris College Rugby Team,Uruguay

Pada tanggal 13 Oktober 1972 team rugby sekolah Stella Maris mengadakan perjalanan dari Justify FullMontevideo, Uruguay untuk bermain di Santiago Chile.
Akibat cuaca buruk dan kesalahan juruterbang, pesawat jatuh dipuncak gunung yang tak diketahui di perbatasan Chile dan Argentina.dengan berpenumpang 45 orang, Setelah usaha mencari semalam 11 hari dilakukan dan pesawat masih belum ditemui, media menganggap semua penumpang telah mati.. Mereka tinggal di atas gunung selama dua bulan,dengan tidak adanya makanan diatas gunung,maka mereka memakan teman mereka satu persatu siapa saja yang mati duluan....
(Hish hish..nak idup punya pasal)

2.Carib West Indian Tribes

Pada tahun 1492 Christoprus Colombus menemukan kepulauan Karibia. Dan penduduk aslinya yang setengah telanjang ternyata adalah kanibal! Bagi bangsa Eropa waktu itu, kanibal merupakan makhluk yang sangat berbahaya. Etnik asal Amerika Selatan yang tinggal di sekitar Brazilia, Paraguay, dan Argentina, bernama Tupinamba, memiliki kebiasaan menyantap tawanan perangnya sebagai aksi balas dendam demi keluarga yang gugur dalam peperangan. Kelakuan ini di panggil Endokanibalisme. Adat tersebut tetap dilakukan sampai awal abad 17. Setelah masuknya bangsa Eropa, terutama Sepanyol, suku ini kemudian menghilang. Sebagian berpindah tempat dan sisanya berasimilasi dengan masyarakat Brazilia.

Di Amerika Serikat ditemukan bekas-bekas kanibalisme yang dilakukan oleh Anasazis, Suku Indian kuno yang musnah 1.300 tahun yang lalu. Di sana ditemukan debu dan pecahan tulang, bekas-bekas pengelupasan kulit kepala, mutilasi, bekas luka bakar, dan pemanggangan daging manusia di atas periuk.
Suku Aztec melakukan kanibalisme dalam ritual keagamaannya. Semula, yang menjadi korban adalah tawanan perang, tetapi kemudian pula pada anggota suku sendiri. Diduga, sebagai hukuman bagi kejahatan yang telah dilakukan oleh anggota suku tersebut
(menangis kalau aku tercampak kat kepulauan ni...huWaaaa)

3.Jeffrey Dahmer



Mangsa kekejaman Jeffery


Adalah seorang laki-laki biasa kelahiran Amerika yang di lahirkan pada tanggal 12 Mei 1960, dia juga disebut sebagai Jack the Ripper ke-2, Menurut sumber, Jeffrey juga melakukan kanibalisme pada setiap korban yang dibunuhnya Jeffrey membesar dalam keluarga normal seperti keluarga lainya, namun dia yang bersekolah di Revere school itu mempunyai kebiasaan aneh iaitu memutilasi binatang-binatang yang sudah mati, contohnya anak kucing yang mati dan hancur akibat di langgar kereta akan dia ambil dan bangkai itu akan di potong2 oleh Jefry.

Kehidupan remaja Jeffrey pun makin menjadi!! dia seorang pemabuk dan mempunyai orientasi seks yang menyimpang, Jeffrey adalah seorang homoseksual dan turut membunuh teman lelakinya sendiri. Kegilaan Jeffrey pun semakin menggila apabila dia meningkat dewasa, dia akan menghadiri setiap parti Homoseksual yang di adakan bersama teman lelakinya… dan setelah puas dengan hawa nafsunya, dia akan membunuh teman lelakinya dengan cara mencincang mangsa..Semua korban dari kegiatan Jeffrey ini adalah laki-laki sekitar umur antara 14-36 tahun. Korban pertamanya, anak laki-laki berumur 14 tahun bernama Konerak Sinthasomphone
(memang pelik sejak dari kecil...ptt mak bapak da nampaka anak mereka pelik dari kecik...buat sesuatu la supaya x nyusahkan org kelak)


4.Armin Meiwes

Apa yang terjadi pada malam tanggal 9 Maret (x dapat lagi maknanya) 2001, di luar jangkauan pemikiran orang normal.apabila dua lelaki yang lebih kurang setahun perbezaan umur mereka, naik ke tempat tidur di rumah Meiwes. Brandes menelan 20 pil tidur terlebih dahulu. Dan, dengan persetujuan Brandes, Meiwes memotong penisnya. Potongan penis itu kemudian digoreng dan dinikmati bersama-sama.

Setelah makan malam dengan menu “yang special” itu, Brandes --yang masih dalam keadaan berdarah-- mandi. Sementara, Meiwes membaca novel Star Trek. Menjelang pagi, Meiwes menyelesaikan tugasnya. Ia membunuh Brandes, dengan menikam lehernya menggunakan pisau dapur. Sebelumnya, Meiwes mencium korbannya terlebih dahulu.Meiwes memotong-motong tubuh Brandes, kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk. Sementara, tengkorak kepalanya dikubur di pekarangan rumahnya.Setelah beberapa minggu, Meiwes memasak 20 kilogram daging tadi sedikit demi sedikit menggunakan minyak zaitun dan bawang putih.

“Dalam setiap gigitan, ingatanku kepadanya (Brandes) semakin kuat,” tuturnya.

Dibalik jeruji penjara, Meiwes menceritakan kepada detektif, dia menyantap daging korbannya dengan cara sangat istimewa. Ia menggunakan koleksi peralatan makan terbaiknya, ditemani sebotol anggur merah dan nyala lilin.“Rasanya daging manusia seperti daging babi,” katanya
(paling gila...ape masalah durang ni.)

5.Albert Fish (1870-1936)

Albert Fish adalah seorang kanibal memakan lima belas anak-anak, namun dia hanya dihukum untuk dua kes pembunuhan dan korban terakhirnya adalah seorang kanak-kanak berusia sekitar sepuluh tahun bernama Grace Budd, yang dipotongnya dalam ukuran-ukuran kecil dan kemudian dimasaknya dengan potongan-potongan wartel dan bawang. Di dalam surat kepada ibunya ia menulis “ini adalah keledai
kecilnya yang dipanggangnya di dalam tungku”.
(makan Fish kan bagus dari makan benda2 mcm ni)

6.Andrei Chikatilo

Di Rusia, Andrei Chikatilo terkenal setelah membunuh 53 wanita dan anak-anak pada 1978. Beberapa korban di antaranya dipotong-potong tubuh mereka dengan cara digigit. Chikatilo menderita kelainan sejak ia percaya bahwa adiknya diculik dan tubuhnya dimakan saat Ukraina dilanda kelaparan pada 1930-an.
(trauma n balas dendam la ni ye?? mcm2)

7.Issei Sagawa

This is a part of Renee's mutilated body...gila lah!!


Ketika sedang belajar di Paris, mahasiswa Jepun ini melihat Renee Hartevelt, seorang wanita cantik. Dia (Issei) langsung jatuh cinta dan tidak boleh berhenti memikirkan kulit Renee yang putih. Renee adalah wanita yg sempurna yang Issei inginkan.
Renee adalah seorang wanita berusia 25 tahun yang sedang bejuang meraih Ph.D dalam bidang French literature. Renee boleh bertutur dalam 3 bahasa dan punya masa depan yang cerah, Issei meminta Renee untuk mengajarinya bahasa jerman, dan kerana kekayaan bapa Issei, Renee di bayar, dan menerima tawaran itu. Pada suatu hari Issei memujuk Renee singgah kerumahnya dan membunuh Renee. Setelah dibunuh, mayat Renee di makan oleh Issei, karena untuk memuaskan fantasi seks yang sudah lama terpendam.
(macam ni pun ada...kan lebih baik kalau menangi hati perempuan tu n idup sama2...)

8.Revolutionary United Front
RUF adalah gerakan revolusi di Sierra Leone, Afrika Barat. Mereka melakukan pemberontakan di kawasan desa Sierra Leone untuk mengawal bangsa pertambangan berlian. Aided oleh golongan dari Front Nasional Patriotik Liberia, kelompok ini berperanan menyeramkan kerusuhan, termasuk memaksa kanak-kanak untuk menjadi tentara, amputations dari anggota badan dan kanibalisme orang musuh, termasuk peacekeepers dan Perserikatan Bangsa-Bangsa. Motif mereka untuk makan musuh-musuh mereka telah menerima "kekuatan" dari makan daging manusia dan sebagai alat untuk intimidasi. Jumlah korban yang tepat tidak diketahui.


9.Alferd Packer (21 November 1842 - 23 April 1907)

Alferd Packer sering dikenal sebagai satu-satunya warga Amerika yang pernah dihukum atas kesalahan kanibalisme, meskipun sebenarnya tuntutannya adalah pembunuhan, bukan kanibalisme.
Pada 9 Februari 1874, dia dengan 5 orang lainnya melakukan ekspedisi di pegunungan Colorado. Dua bulan kemudian Packer kembali dari ekspedisi sendirian. Ketika ditanya kemana orang-orang yang telah pergi dengan dia, Packer mengatakan bahwa dia telah membunuh mereka semua untuk bertahan hidup dengan terpaksa memakan tubuh teman-temannya...

10.The Maori People
(masih dalam usaha mancari bahan..will update u all soon k)

Manusia Karnibal...

Terbaca petikan ni di akhbar..rasa mcm nak share ngan kawan semua...enjoy reading...

AHAD 12 Januari 2003. Penduduk Desa Majatengah, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia gempar kerana kubur seorang wanita tua yang baru dikebumikan pada petang Sabtu itu telah digali orang.
Mayat wanita itu, dikenali sebagai Ibu Rinah, 80 tahun, turut ghaib. Kain kapan dan batu nisan berselerakan di atas tanah yang masih merah.
Ketua kampung itu, Agus Budi, percaya mayat yang diambil akan digunakan dukun atau seseorang yang belajar ilmu hitam.
Berita itu cepat tersebar. Beberapa hari kemudian, seorang penduduk dari Desa Pelumutan, kampung bersebelahan Desa Majatengah, memberitahu dia ternampak seorang pemuda memakai sejenis kalung yang aneh. Kalung itu dipercayai diperbuat daripada kemaluan wanita.

Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menggeledah rumah suspek apatah lagi selepas terhidu bau yang sangat busuk datang dari rumah lelaki itu.
Di situ, polis menemukan tulang-tulang manusia dan jenazah Rinah yang dikuburkan lima meter dari rumahnya. Setelah digali, jenazah Rinah yang ditanam sedalam setengah meter itu sudah tidak sempurna. Daging di kedua-dua pahanya telah dimakan.
Dalam pengakuannya, Sumanto berkata, daging paha Rinah sempat digoreng dan dibuat sate. Sebahagian daging yang dimasak itu diberikan kepada bapanya, Nuryadikarta. Kepada bapanya, Sumanto cuma mengatakan ia daging kambing.
Sumanto mendedahkan, dia menggali kubur Rinah tanpa menggunakan cangkul, sebaliknya hanya dengan tangan kosong. Mayat wanita itu dimasukkan ke dalam karung dan diikat dengan dawai sebelum diangkut dengan basikal.
Di rumah, Sumanto memotong bahagian kaki dan menyiat kemaluan Rinah. Sebenarnya, Sumanto mendakwa kasihan semasa melapah dan memotong lutut Rinah. Namun, lantaran niat untuk mendapatkan ilmu dan mengubah hidupnya, perasaan itu hilang.
Sebelum diangkut ke rumah, Sumanto, yang sebelum itu bekerja kampung termasuk mencari burung dan menjual jamu sempat menelan mentah-mentah dua ibu jari kaki Ibut Rinah.

Makan cengkerik

Sejak kecil, Sumanto dikatakan gemar makan serangga seperti cengkerik.
Ketika berpacaran dengan seorang gadis sekampung bernama Samien, Sumanto pernah diserang pemuda kampung yang lain kerana cemburu.
Bermula dari detik itu, Sumanto berazam menuntut ilmu kebal. Dia berguru dengan Taslim yang berasal dari Jambi. Namun, perguruan itu bersyarat. Sumanto mesti memburu dan makan sejumlah mayat.
Selepas itu, Sumanto merantau ke Lampung dan berkerja di sebuah ladang tebu. Di sana, dia berkenalan dengan sekumpulan pemuda yang mengajarnya agar memasukkan sedikit daging hasil buruan ke dalam lengan dengan tujuan bertambah kuat dan tidak dibayangi roh hasil buruan.
Selepas itu, berlaku satu insiden dia telah diperas ugut dan dipaksa menyerahkan wang upah bekerja. Kerana terpaksa, Sumanto melibas perut si penjahat hingga mati. Mayat lelaki itu dimakannya.
Walaupun sudah memakan tiga mayat, Sumanto mengakui kehidupannya belum berubah. Alasannya, ilmunya belum lengkap. Malangnya, sebelum misi sempurna, dia telah ditangkap polis.
Bagaimana rasanya daging manusia? "Sangat enak," jawab Sumanto yang tinggal di Lampung sejak 1992 dan kembali ke kampungnya lima tahun kemudian.
Tingkah laku aneh Sumanto menyebabkan dia dituduh gila oleh penduduk kampung. "Mengapa semua orang, terutama wanita di desa takut pada saya. Apakah memang saya gila?" tanya Sumanto kehairanan.

Kini, Sumanto ibarat objek yang sangat menakutkan. Walaupun Sumanto sudah ditahan polis, perasaan takut masih menjalar. Untuk beberapa lama, kanak-kanak Desa Majatengah takut pergi mengaji sehinggakan masjid menjadi kosong.
Ada juga keluarga yang tidur malam sebilik. Bahkan ada yang menumpang tidur di rumah jiran.
'Sekarang saya makan bayam'
Semasa ditahan di Tahanan Polres Purbalingga, tiada seorang pun tahanan yang berani tinggal satu bilik dengan Sumanto. Alasannya, mereka takut dimakan Sumanto.
Setelah dibicarakan, Sumanto dipenjarakan selama lima tahun di LP Purwokerto. Pada 24 Oktober 2006, Sumanto dibebaskan.
"Saya sukakan semua jenis daging asalkan ia dimasak. Tapi saya sudah tidak makan orang. Sekarang saya makan bayam," kata Sumanto, 37, kepada wartawan AFP semasa ditemui di Pusat Pemulihan Mental di Jawa Tengah, baru-baru ini.
Selepas dibebaskan, penduduk kampung masih tidak boleh menerimanya, jadi dia ditempatkan di pusat pemulihan itu.
Bapanya yang bekerja sebagai petani, Nuryadikarta, 65, berkata dia merindui anaknya itu tetapi tidak dapat membawanya pulang. "Tidak kira betapa jahatnya dia, dia tetap anak saya. Saya mahu membawanya pulang tetapi jiran-jiran pasti akan menghalaunya," katanya.
Menurut penjaganya di pusat itu, Ahmad Sugimin, sekali makan, Sumanto boleh menghabiskan dua pinggan besar nasi, 60 cucuk sate, 16 ketul daging sebesar penumbuk dan lapan ketul ayam. "Bagaimana dia boleh hidup di luar kalau sekadar bekerja sendiri? Saya bimbang jika dia kembali makan mayat," kata Sugimin.
Namun, Sumanto menafikannya. Sambil menunjukkan kepada botol-botol air yang kosong di katilnya, Sumanto berkata dia boleh hidup dengan air, vitamin dan mineral sahaja.
"Daging memang lebih sedap daripada sayur-sayuran. Tetapi jika tiada daging, saya boleh makan rumput. Ia menyihatkan dan saya juga boleh menggorengnya supaya lebih sedap," katanya.